Persahabatan (bagi perempuan?)

Persahabatan merupakan satu jalinan yang suci dan indah. Ia mungkin tidak mampu kekal selama-lamanya kerana kita masing-masing akan mengorak langkah ke haluan masing-masing.

Persahabatan yang betul-betul ikhlas, tidak memerlukan sebab untuk mengikat tali persahabatan tersebut.Persahabatan yg diikat hanyalah berdasarkan kasih-sayang dan kepercayaan, biarpun hanya sedikit. Dan kepercayaan hanya boleh wujud andai kita benar-benar jujur. Sesungguhnya tidak ada yg lebih indah dan menenangkan dari sekelumit kepercayaan, buat diri sendiri dan orang sekeliling.

Sahabat yang jujur, akan menegur temannya bila ada silap dan salah. Tetapi tidak semata menegur. Tegurannya berlandaskan sayang dan hormat.

Sahabat yang prihatin, akan sedia mendengar di saat paling genting temannya. Hanya mendengar, cukup untuk memberikan sokongan. Kadang-kadang kita tidak mampu memahami semua orang, tapi sebagai teman kita semestinya mampu menyokong di kala perlu. Menyokong tanpa berbuat apa-apa = mendengar.

Mungkin apa yang saya katakan sangat cliche, tapi sila renungkan ini:

Umar Al-Khattab once said, “Besides Islam, nobody is given anything better than a righteous friend.”

Bersahabat kerana Allah, bererti menjalinkan ukhuwah berlandaskan hukum Allah di muka bumi juga merupakan satu ibadah.

Persahabatan bukan sahaja mengikat rasa antara kita dan teman kita, tapi juga mendekatkan diri dengan Maha Pencipta kerana Dia yang memegang hati-hati kita. Tidak kira betapa rapuh dan kurang stabilnya perasaan kita pada masa-masa tertentu.

Persahabatan sesama perempuan, mungkin lebih kepada moral support dan sisterhood.Tetapi persahabatan lelaki dan perempuan menuntut tolak ansur yang sangat tinggi kerana lelaki dan perempuan secara azalinya punyai sifat yg berbeza, apatah lagi cara-cara menangani masalah. Dan tidak semua orang jujur. Makanya, persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak semestinya mampu memenuhi semua ciri-ciri yang saya sebut di atas. Tetapi persahabatan yang ikhlas, seharusnya tidak menjadikan jantina sebagai alasan untuk ruang sengketa.

Advertisements

~ by littlehobbit on March 25, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: