Surat utk prof. .

Prof,

kelab umno wellington sesi 2008/2009 dah hampir ke penghujungnya. Selepas ni kami akan buat election baru utk Majlis tertinggi yang seterusnya beserta open house raya sekali.inshaAllah..

Saya tekad tak mahu teruskan tugas setiausaha. sudah 1 tahun setengah saya pegang jawatan ni.. elok rasanya saya serahkan pada org lain utk belajar dan experience. Mungkin nampak seperti tidak banyak yg saya dah buat, tapi pengalaman saya pegang satu post lagi di Muslim Club juga banyak memberi pengajaran penting buat saya. pendek kata, dah cukup busylah tahun ni.

Namun, ahli umno yg lain ada yg bercadang nak cuba naikkan saya sebagai next President club pula.. Mereka mahu saya jadi teladan komiti lain tentang peluang kepimpinan kelab di samping mahu saya teruskan perjuangan kelab. Saya masih keliru. Tak tahu samada saya patut sahut cabaran kelab kali ni.

Sudah lama rasanya berkecimpung dalam kelab2 yang mainstream ni. Teringin juga keluar dari kepompong Melayu dan Muslim dan berusaha libatkan diri dengan perkara-perkara lain. Buat pengetahuan prof, tahun ni saya ada juga pergi mengajar (tutoring one on one) anak2 refugee di sini. dan saya rasakan kerja2 volunteer sebegitu memang sesuai dengan jiwa saya. Alhamdulillah.

Baru-baru ni saya tolak bila org undi saya utk kekal di majlis tertinggi muslim club. dan saya juga tolak penamaan saya sebagai presiden WMSO. kerana saya yakin ada ramai lagi org yg boleh memimpin kelab2 ini dengan baik dan ada org lain lagi yg lebih memerlukan pengalaman kepimpinan ni..

Kelab umno, tidak sama dengan Muslim club mahupun Wmso yang sangat jelas misi dan objektif penubuhannya.Acapkali disalah erti, kelab umno memerlukan org yg betul2 memahami perjuangan kelab dan bukan menjadikan kelab sebagai landasan utk perjuangan politik sendiri sahaja. Sebab itu, saya rasa berat mahu melepaskan tanggungjawab mahupun mengambil tanggungjawab baru memimpin kelab di tahun ketiga saya yg tentu susah akademiknya..

Maaf email ni jadi panjang sungguh.. Saya sudah pening. Saya solat istikharah tapi masih belum dapat tentukan kecenderungan hati saya. Saya harap prof boleh memberikan sedikit pendapat bila-bila prof berkelapangan..

Wassalaam.

Advertisements

~ by littlehobbit on September 27, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: