MAAF

Hari ini hari terakhir puasa.

Esok raya.

Patutkah aku gembira?

atau patutkah aku bersedih? menyambut Aidilfitri tanpa keluarga di sisi.

Yang lebih tepat, perlukah aku rasa gembira?

Sejak beberapa tahun yang lepas, raya kurang memberi keseronokan seperti yang aku rasai kecil-kecil dulu. Pada aku yang paling penting pada hari raya hanya satu, sesi minta ampun yang keluarga kami amalkan sedari aku kecil. Dulu – dulu, aku pun tak faham kenapa kena minta maaf bila nak raya. Yang aku tahu, aku akan dapat duit raya. Itu sahaja yang penting.

Tapi pada suatu hari raya beberapa tahun yang lepas, aku perasan abang aku minta maaf dengan tulus ikhlas dan melafazkan “maafkan abang pa, tahun ni banyak buat hal” . Memang banyak yang berlaku tahun tu. Tapi aku tak sangka abang akan minta maaf pada papa mama di hari raya. Hampir mengalir air mata papa dan mama. Sayu.

Sikap malu meminta maaf atau mengelak meminta maaf sememangnya lahir dari keegoan di hati. Dan keegoan itu paling tinggi bila berkaitan dengan orang-orang yang paling hampir. Aku, secara peribadi sangat susah melafazkan maaf terhadap ahli keluarga sendiri.

Tahun berikutnya, sesuatu berlaku lagi.dan kali ini banyak melibatkan kakak pula.  Aku tidak meminta maaf langsung daripadanya. Aku isytihar perang dingin terhadap kakak kandungku sendiri. Aku ambil masa hampir 3 tahun untuk mula memaafkan beliau. Namun, sampai sekarang aku masih teragak-agak untuk meminta maaf sesungguhnya. Masih ego kah aku?

Entah. Mungkin Syawal ini aku patut lakukan sesuatu.

Namun, Raya tetap Raya. Aku memang tak bersemangat nak raya. Sejak beberapa peristiwa pahit terjadi pada keluargaku sekitar waktu raya, aku semakin hilang nafsu beraya.

Di sini, aku cuba untuk membuat anjakan paradigma raya terhadap diriku sendiri. Tapi mampukah aku beraya dengan gembira tahun ini?? di kala kelas masih berjalan seperti biasa dan peperiksaan mengambang tiba..

Advertisements

~ by littlehobbit on September 30, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: